PROSEDUR NIKAH DI NEGERI KELANTAN (2025)


PROSEDUR NIKAH DI NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum semua, hari ni saya nak kongsi sikitberdasarkan pengalaman saya masa nikahhari tu. Perkara pertama korang perlu buat selepas tarikh nikahditetapkan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh dah boleh preparemacam-macam pasal hal kawin.

1.

UJIANHIV

Ujian hiv perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulansebelum tarikh nikah. Hanya boleh dilakukan di hospital dan klinik kesihatansahaja seperti klinik 1 Malaysia atau klinik daerah @ desa pom boleh kalau taknak tunggu lama…hahaha sebab saya buat dekat klinik desa je sebab tak naktunggu lama.

Hanya pergi dekat kaunter cakap nak buat ujian HIVnanti dia suruh bagi ic dan bayaran RM1. Nanti tunggu dia panggil untuk isi borang.

Selepas isi borangtu pergi hantar dekat kaunter balik dan tunggu dia panggil. Setelah dia panggildia just ambil setitik je darah lepas tu tunggu dalam 20 minit hingga 30 minituntuk tahu keputusan. Lepas tu settle satu hal….huhuhuhu…

Bagi nikah di Negeri Kelantan salah satu pasanganperlu mengisi borang online di E-Qaryah. Borang online boleh diisi seawal 90 hari dari tarikhnikah dan bakal pengantin lelaki perlu berbincang dulu berapa jumlah mas kawinsebab kena isi online berapa jumlah maskawin yang akan diberikan oleh bakal pengantin perempuan. Sebelum isi online tuperlu senaraikan siapa wali, dan saksi sebab perlu isi butiran peribadi sepertinombor ic, nama penuh dan alamat mereka. Jangan lupa nama penuh, nombor icpasangan dan alamat rumah juga yer nanti kesian pulak nanti isi sekarat jalantersangkut sebab tak tau detail pasangan …..hahahaha

Dekat web site tu perlu ikut peraturan yang diatetapkan seperti buat fotokopi salinan ic bakal pengantin lelaki, salinan icbakal pengantin perempuan, salinan ic bapapengantin perempuan/ wali, salinan ic saksi, salinan kursus kawin. Nantibukak website E-Qaryah dia bagi detail berapa salinan dia nak okay….. :)

3.

PASANGANPERLU DAPATKAN COP ATAU KEBENARAN

Selepas selesai isi borang online di E-Qaryah danpasangan perlu kempilkan sekali dengan salinan fotokopi yang mereka nak. Peringatanyer semua, sebelum nak hantar ke tok imam/kadi mukim untuk cop kebenaran perlubuat 2 salinan dokumen tu. Contohnya bila dah siap isi dan print borang onlinetu, perlu fotostat 1 salinan lagi jadi 2 salinan la. Sama juga dengan dokumenlain seperti salinan ic, kursus nikah tu. Sebab nanti selepas nikah tu satu dokumen tu akan di hantar dekat Maikuntuk proses buat kad kahwin pintar dan satu lagi dia akan bagi dekat kitasebagai bukti.

Dokumen tu perlu dihantar ke Tok Imam/Kadi mukimkawasan yang menikahkan pasangan untuk dapat pengesahan atau cop.

Contohnya pasangan dari daerah berbeza, perlu dapatkancop di daerah mukim masing-masing. Misalnya, salah seorang dari pasangan orang KotaBharu mukim kota perlu dapatkan cop Tuk Imam atau kadi mukim tersebut danpasangan satu lagi orang Kota Bharu mukim Bunut Payung perlu dapatkan cop danpengesahan Tok Imam/ kadi kawasan tersebut.

4.

HANTARKE MAIK

Selepas dah settle cop dan pengesahan dari Tuk Imammukim masing-masing. Pasangan haruslah hantar borang tersebut ke Majlis AgamaIslam Kelantan. Kedua-dua pasangan kena pergi sebab nanti orang kaunter tu tanyakalau pergi sorang-sorang nanti kena marah dekat orang kaunter tu. Lepas tukena bayaran dalam seratus lebih. Saya dah lupa berapa huhuhu… Rasanya lepasisi online ada dia bagitau dekat syarat dan peraturan tu berapa kena bayar ok…..nantiuolls baca kat situ. Rasanya tak sampai RM150.00.

Kena hantar borang tersebut dekat bangunan MAIK selepas masuk pintu pagar bangunan tu sebelah kanan yang kat atas bangunantu ada tulis Allah dan Muhammad S.A.W. Pejabat tu tingkat 1 jadi kena la naiktangga yer. Lepas tu kena ambil nombor dan tunggu turn. Lepas hantar borang tu nanti dia suruh tinggaldekat situ, diorang suruh datang ambik dalam masa 2 hari nanti dekat kertas diabagi tu ada tarikh bila kena datang ambil.

5.

SERAHKEPADA TOK IMAM/TOK KADI

Selepas 2 hari, ambil dokumen tersebut di pejabat Maikdan kena serahkan pada Juru Nikah/Tok Imam/ Kadi mukim sebelah perempuan untukmenikahkan korang…huhuhu… sebab nanti tok iman/juru nikah/kadi akan bawa dokumentu pada hari nikah ….

6.

HariNikah

Masa hari nikah tu bakal pengantin lelaki perlu bawaduit mas kawin sebanyak yang di tulis dalam borang masa daftar dalam E-Qaryahtu sama ada berupa cek atau cash. Perlu juga sediakan sedikit duit untuk bagidekat tok iman/juru nikah/kadi selepas majlis akad nikah tu nanti.

7.

Selepasnikah

Selepas settle semua nanti tok iman/juru nikah/kadi bagi dokumen nikah tuuntuk kita hantar ke pejabat MAIK bagi proses buat kad kahwin pintar. Selepas pergihantar nanti satu salinan dia bagi dekat kita. Selepas sebulan dah boleh ambilkad kahwin pintar tu dan bayar RM50.00 untuk 2 kad okay.

Harap- harap bermanfaat untuk bakal pengantin nantiyer. Saya doakan semoga selamat semua.


PROSEDUR NIKAH DI NEGERI KELANTAN (2025)

References

Top Articles
Latest Posts
Recommended Articles
Article information

Author: Nathanael Baumbach

Last Updated:

Views: 6277

Rating: 4.4 / 5 (75 voted)

Reviews: 90% of readers found this page helpful

Author information

Name: Nathanael Baumbach

Birthday: 1998-12-02

Address: Apt. 829 751 Glover View, West Orlando, IN 22436

Phone: +901025288581

Job: Internal IT Coordinator

Hobby: Gunsmithing, Motor sports, Flying, Skiing, Hooping, Lego building, Ice skating

Introduction: My name is Nathanael Baumbach, I am a fantastic, nice, victorious, brave, healthy, cute, glorious person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.